Sunday 18 December 2011

Wednesday 7 December 2011

KERJA KAYU DAN LOGAM

BIDANG : Kerja Kayu
Tajuk : Membuat Frame Gambar

AKTIVITI :

Mengukur , menanda dan momotong

  • Mengukur, menanda dan momotong kayu
  • Kerja-kerja memotong kayu perlu pengawasan guru KH
  • Murid menyediakan gambar untuk dibingkaikan.
  • Murid membuat kemasan
  • Hasil kerja dipamerkan


Gambar yang hendak di framekan


Hasil kerja

Hasil kerja

Reka Bentuk dan Teknologi

BIDANG : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI.



UNIT PEMBELAJARAN


TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2  Kreativiti dan Reka Cipta.
       (Cadangan peruntukan masa
       ialah 7 minggu )
       






























b.        Kajian reka bentuk dan kefungsian
produk. (3 minggu)

                       iv.      Membuka dan memasang kit
Model.

Aras 1

  • Mengenal pasti alat tangan.



  • Membuka dan mengenal pasti komponen.

  • Menyatakan fungsi komponen.

  • Memasang semula kit model.



Aras 2

  • Menerangkan kefungsian system pergerakan kit model.

Aras 3

  • Membuka dan memasang kit model untuk menerangkan kefungsian produk yang lebih mencabar.

  • Mengkaji reka bentuk kit model.





Alatan tangan yang diigunakan seperti gandin plastik, tukul warrington dan set pemutar skru kecil.

Membaca dan memahami manual.




Menyimpan kit model secara tersusun dan selamat.
Contoh kit model ialah kit model robot, jentolak, kereta, motosikal dan kereta kabel.












Contoh kit model robot berkaki 6, kereta kawalan jauh.

Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna, binaan dan keupayaan.


AKTIVITI: MEMASANG KIT MODEL KERETA



KIT MODEL KERETA LUMBA


AKTIVITI MEMASANG KIT MODEL KERETA

sedia untuk perlumbaan

MURID TAHUN 5 MEMASANG KIT MODEL KERETA













































IMPAK : Murid seronok memasang kit model dan dapat menguji kefungsian produk.
Bahan/ alatan tangan : Set Kit Model, Pemutar Skru Philips, Bateri AA

Monday 5 December 2011

PENGENALAN


Kemahiran Hidup Sekolah rendah KHSR merupakan mata pelajaran teras bagi murid Tahap 2 yang terdiri  daripada murid tahun 4,5 dan 6. Terdapat beberapa bidang dalam sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu Reka Bentuk Teknologi, Perkebunan, Perniagaan dan Keusahawanan. Kementerian Pelajaran juga telah menyediakan buku teks Kemahiran Hidup bagi Tahun 4, 5 dan 6 meliputi bidang tersebut.

VISI DAN MISI

Melahirkan individu yang kristis dan kreatif melalui aktiviti amali yang menjana idea disamping memupuk kemahiran dalam kehidupan seharian yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan Projek Kemahiran Hidup.

MOTTO




"KREATIVITI MENJANA INOVASI"

RASIONAL

Mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat mengembangkan keupayaan murid dalam reka cipta, mempertingkatkan kemahiran mengurus perbelanjaan diri serta menarik minat murid dalam bidang keusahawanan. Selain itu,memupuk sikap kerajinan dalam bidang perkebunan dan ikan hiasan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Mata pelajaran Kemahiran Hidup  dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan serta memupuk nilai dan sikap seperti inovatif, kreatif dan tabiat kerja yang baik dalam diri seseorang murid.

MATLAMAT


Panitia Kemahiran Hidup memberi penekanan kesepaduan antara teori dan praktis yang menjadi ciri utama mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Aktiviti dalam  sukatan yang telah dimuatkan juga dapat menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

OBJEKTIF


Panitia Kemahiran Hidup dapat:
·      Melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan teori dalam praktikal.
·      Memberi peluang kepada murid melakukan kerja sendiri dengan mengaitkan dengan kehidupan seharian.
·      Memberi penekanan tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dan diamalkan.
·      Membantu murid menghasilkan sesuatu projek dengan lebih baik dan berkesan.