Monday, 5 December 2011

MOTTO




"KREATIVITI MENJANA INOVASI"

RASIONAL

Mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat mengembangkan keupayaan murid dalam reka cipta, mempertingkatkan kemahiran mengurus perbelanjaan diri serta menarik minat murid dalam bidang keusahawanan. Selain itu,memupuk sikap kerajinan dalam bidang perkebunan dan ikan hiasan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Mata pelajaran Kemahiran Hidup  dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan serta memupuk nilai dan sikap seperti inovatif, kreatif dan tabiat kerja yang baik dalam diri seseorang murid.

MATLAMAT


Panitia Kemahiran Hidup memberi penekanan kesepaduan antara teori dan praktis yang menjadi ciri utama mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Aktiviti dalam  sukatan yang telah dimuatkan juga dapat menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

OBJEKTIF


Panitia Kemahiran Hidup dapat:
·      Melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan teori dalam praktikal.
·      Memberi peluang kepada murid melakukan kerja sendiri dengan mengaitkan dengan kehidupan seharian.
·      Memberi penekanan tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dan diamalkan.
·      Membantu murid menghasilkan sesuatu projek dengan lebih baik dan berkesan.